Tanah Runtuh Di Tapak Perkemahan Batang Kali, PM Arah Misi SAR Dijalankan Secara Rapi

16 Dec 2022 • 11:43 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands, dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Beliau menerusi satu kenyataan media berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat mangsa insiden itu.

Tambah beliau, beberapa menteri yang terlibat akan turun ke tapak kejadian pagi ini, 16 Disember manakala beliau sendiri akan turut ke lokasi itu pada malam nanti.

“Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” kata Anwar.

image is not available

Terdahulu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan, seramai 92 mangsa telah ditemukan setakat jam 9.15 pagi.

Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan 8 disahkan meninggal dunia.

Baca artikel berkaitan: