Tanah Runtuh Hempap Rumah, 3 Dilapor Terperangkap

29 Nov 2024 • 8:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh Hempap Rumah, 3 Dilapor Terperangkap

Satu kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah dilapor berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil di Hulu Terengganu, pada petang Jumaat.

Menurut Sinar Harian, tiga orang mangsa turut terperangkap dalam rumah berkenaan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Aidil Khairim Abd Wahab berkata, panggilan kecemasan melibatkan kejadian berkenaan diterima pihaknya kira-kira jam 4.59 petang.

Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai kemudian digegaskan menuju ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal diperoleh tiga mangsa terperangkap.

“Mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan jam 5.17 petang.

“Operasi menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan dan unit STROM juga telah diaktifkan,” ujar Aidil Khairim seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian