Tanah Runtuh, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands Ditutup

LocalEnvironment
26 Oct 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara tanah runtuh, Kilometer 43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sudah ditutup sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penutupan jalan di kedua-dua arah ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Polis menjalankan kawalan lalu lintas di sepanjang laluan yang terjejas dari semasa ke semasa.

image is not available

"Penutupan jalan dilaksanakan ekoran masih terdapat pergerakan tanah berlaku di kawasan lokasi yang terjejas dan laluan amat berisiko untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan," katanya dalam satu kenyataan

Sementara itu, hasil pemantauan JKR mendapati runtuhan cerun masih aktif sepanjang masa walaupun cuaca baik dandikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya hujan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved