Tanah Runtuh: Kesemua Mangsa Terima Rawatan Di Hospital Dibenar Pulang - NADMA

21 Dec 2022 • 7:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu. 

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

image is not available
Tangkapan layar kenyataan NADMA

- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved