Tanah runtuh laluan Seremban-Mantin, Bomba saran guna LEKAS

1 Dec 2022 • 9:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Pengguna laluan Seremban-Mantin dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) susulan kejadian runtuhan tanah dan pokok tumbang di Jalan Batu 5, Bukit Mantin dekat sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Priscilla Carol Thomas berkata laluan berkenaan terpaksa ditutup sementara ketika ini bagi kerja pembersihan dan pengalihan pokok dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.38 petang tadi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi dengan turut dibantu polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang lebih-lebih lagi jalan gelap dan musim hujan ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berwaspada dan berpindah ke kawasan selamat sekiranya kejadian sama berulang.-Bernama