Tanah Runtuh: Operasi SAR Bersambung 8 Pagi Ini

17 Dec 2022 • 6:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat disambung pagi ini susulan keadaan hujan malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini ditangguhkan atas faktor cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi ini.

“Operasi SAR 12 lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan sementara waktu ekoran hujan malam tadi,” katanya ringkas kepada Bernama.

Setakat malam tadi, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. - Bernama