Tanah runtuh: Operasi SAR diteruskan sehingga jam 4 pagi

17 Dec 2022 • 10:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suffian (dua dari kiri) pada sidang media di kawasan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

BATANG KALI - Biarpun dalam keadaan gelap dan hujan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting di sini masih diteruskan sehinga kini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi akan diteruskan sehingga jam 4 pagi sebelum disambung semula kira-kira jam 9 pagi.

"Perjalanan operasi ini akan bergantung pada faktor cuaca, dan kita harap cuaca akan berkekalan baik.

"Kita akan fokus pencarian mangsa di ketiga-tiga sektor termasuk sektor A iaitu tapak perkhemahan Hilltop, sektor B Farm View dan sektor C di kawasan River Side," katanya pada sidang media di lokasi tanah runtuh di sini.

Menurutnya, sebanyak lima agensi terlibat dalam operasi SAR itu yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam meneruskan operasi pada waktu malam.

"Saya difahamkan walaupun cuaca diselangi hujan lebat, kami membuat keputusan untuk meneruskan operasi untuk mencari sembilan mangsa yang masih hilang.

"Setakat ini anggota penyelamat kekal seramai 135 anggota dan penugasan akan dijalankan secara giliran," katanya.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu, seramai seramai 91 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh berkenaan yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja tapak perkhemahan.

Setakat ini, seramai 24 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan sembilan lagi individu dipercayai masih hilang, manakala 61 individu terselamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved