Tanah runtuh: Simen hadapan pintu pagar rumah runtuh, 46 cerucuk besi ditanam

18 Dec 2023 • 12:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUCHONG – Berlaku pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pergerakan tanah itu dikesan pada 3.30 petang, menyebabkan simen di hadapan pintu pagar beberapa rumah runtuh.

“Sebanyak 46 cerucuk besi dilaporkan ditanam dan kerja itu akan disambung semula pagi ini.

“Sebuah Honda City yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu berjaya dikeluarkan menggunakan kren kira-kira 6 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

image is not available
Kereta Honda City yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berjaya dikeluarkan menggunakan kren kira-kira 6 petang semalam. - Gambar Majlis Perbandaran Subang Jaya, 18 Disember, 2022

Selain itu, A A Anbalagan berkata, lapan orang daripada satu keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sudah keluar dan secara rasminya tempat berkenaan ditutup 9 malam tadi.

“Keadaan di lokasi tanah runtuh terbabit akan dipantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada kira-kira 7.30 malam Sabtu lalu, turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. - 18 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved