Tanah Runtuh: Stadium Nasional Bukit Jalil Pampang Ucapan Takziah Pada Keluarga Mangsa

17 Dec 2022 • 12:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh: Stadium Nasional Bukit Jalil Pampang Ucapan Takziah Pada Keluarga Mangsa

Perbadanan Stadium Malaysia menzahirkan rasa duka cita terhadap tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor, pada awal pagi 16 Disember.

Menerusi satu ciapan yang di muat naik di laman Twitter Stadium Malaysia, seluruh warga Perbadanan Stadium Malaysia menzahirkan takziah dan berharap keluarga mangsa tabah serta sabar menghadapi musibah itu.

Ucapan takziah tersebut turut disiarkan menerusi LED di sekeliling bangunan Stadium Bukit Jalil dengan mengatakan “Perbadanan Stadium Malaysia Turut Berduka Cita Ke Atas Tragedi Batang Kali.”

Sehingga jam 7 malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan terkorban manakala 12 lagi masih hilang.

Operasi SAR yang giat dilakukan bermula awal pagi tadi melibatkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).