Tanah Runtuh: Terima Kasih Kepada Pasukan Penyelamat

24 Dec 2022 • 8:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Selepas sembilan hari, pasukan SAR menemui mangsa terakhir di dalam ‘sleeping bag’ dengan kedalaman tanah 1.5 meter pada 4.30 petang ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.

Mereka adalah wira yang bekerja keras dan bertungkus lumus siang malam demi mangsa yang hilang sejak 16 Disember lalu.

Hari usaha keras mereka selama 9 hari itu akhirnya membuahkan hasil selepas mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh hingga 12 tahun telah ditemui.

Dalam keadaan negara bersedih dengan insiden memilukan itu, yang meragut 31 nyawa daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat, namun penghargaan harus diberikan kepada pasukan petugas tersebut yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, JBPM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Semua anggota yang terlibat melebihi 250 orang.

Jurufoto Getaran, Syeda Imran membuat liputan di Batang Kali hari ini dan merakamkan gambar-gambar SAR itu.

image is not available
Antara anggota Bomba dan polis yang terlibat dalam SAR di Batang Kali.

image is not available
Pasukan penyelamat tiba di lokasi pencarian petang tadi.

image is not available
Anggota penyelamat bersalaman selepas berjaya menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang kali.

image is not available
Sidang media bersama oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Suffian Abdullah (kanan) dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Md Wan Ismail.

image is not available
Sembilan anjing pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.

image is not available
Meskipun berdepan pelbagai halangan termasuk cuaca hujan, namun pasukan SAR tetap meneruskan pencarian.

image is not available
Mayat terakhir dijumpai dalam ‘sleeping bag’ dengan kedalaman tanah 1.5 meter pada 4.30 petang ini.