Tanah Subur, Kelantan Dijangka Jadi Pengeluar Utama Bawang Tempatan Tahun Depan

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2025 • 4:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia sabu Kelantan

Faktor tanah subur yang bersesuaian untuk penanaman bawang membuatkan Kelantan berpotensi menjadi pengeluar utama bawang tempatan tahun depan.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, percubaan awal menunjukkan hasil yang positif.

Malah tuaian pertama di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Telong, Bachok berjaya mencatatkan pengeluaran tinggi sekitar empat tan metrik per hektar.

Tuaian pertama bawa harapan baru

image is not available
Kredit: TikTok

Menurut Mohamad Sabu, tuaian yang melibatkan varieti BAW1 dan BAW2 berjaya menghasilkan 18.4 tan metrik dengan keluasan 4.6 hektar.

Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi Projek Pembangunan Tanaman Bawang di tiga negeri, iaitu Selangor, Perak dan Kelantan.

Seramai 80 peserta terlibat dalam projek ini dengan jumlah keluasan 94.85 hektar.

Kurangkan import hingga 30 peratus

image is not available

Walaupun kos sebenar pengeluaran bawang tempatan masih belum dimuktamadkan, kerajaan optimis bahawa hasil projek ini mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import sehingga 30 peratus.

Tahun ini (kita fokus kepada) pengeluaran benih, tahun depan akan disebarkan. Insya-ALLAH kalau semuanya berjalan dengan lancar kita dapat jimat satu pertiga, 30 peratus daripada pengimportan bawang, itu harapan kita.

Walaupun ada cabaran dari segi kos yang berbeza mengikut kaedah penanaman sama ada secara terbuka atau rumah hijau, kerajaan yakin jurang harga dengan bawang import tidaklah terlalu jauh.

Pssttt! Kalau Kelantan benar-benar berjaya jadi pengeluar utama bawang tempatan, ia bukan sahaja boleh menjimatkan kos import, malah mengukuhkan keterjaminan makanan negara. Harapnya usaha ini berjalan lancar supaya rakyat dapat menikmati bawang tempatan dengan harga lebih berpatutan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.