Tanam sweet basil guna keratan batang jer. Memang lebat hasilnya

CookingHome & Living
5 Jul 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DAUN selasih atau sweet basil sering digunakan dalam masakan Itali.

Hidangan seperti pesto dan pasta bolognese antara menu yang menggunakan daun tersebut sebagai bahan tambahan.

Aromanya akan menjadikan sajian itu lebih menyelerakan.

Kalau nak beli di pasar raya, harganya boleh tahan jugalah kan.

Justeru, apa kata kita menanam sendiri tumbuhan itu.

image is not available
SUMBER Dids daripada PEXELS.

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram, Hamizah Hanapi berkongsi cara menanam pokok tersebut menggunakan teknik keratan batang.

Menurut Hamizah, sweet basil mudah dijaga kerana tidak disukai oleh serangga perosak.

“Untuk mereka yang malas nak sembur neem oil (racun serangga organik), inilah pokok yang anda kena cuba tanam,” katanya.

 

image is not availableimage is not available

Berikut dikongsikan kaedah tanaman sweet basil dengan keratan batang yang dimuat naik oleh wanita itu:

1. Beli sepaket sweet basil.

2. Buang semua daun kecuali pucuk yang paling atas.

3. Kemudian cucuk ke dalam tanah.

4. Siram dan letakkan tanaman di kawasan yang mudah mendapat cahaya (bukan direct matahari) selama tiga hari.

5. Selepas itu, boleh pindahkan anak pokok di bawah matahari. Setelah 10 hari, pokok akan mula bertunas.

6. Seterusnya, bagi mendapatkan lebih banyak daun, patahkan pucuk sebelah atas.

7. Selepas empat ke lima hari, bahagian batang yang dipatahkan akan bercabang dua dan menghasilkan lebih banyak daun.

image is not available

Tambah Hamizah, kaedah sama boleh digunakan untuk menanam Thai basil.

Melihat kepada hasilnya, pokok tersebut memang tumbuh dengan lebat.

SinarPlus cadangkan, mak-mak yang selalu masakkan pasta untuk bekal anak-anak, boleh cuba tanam sendiri di rumah.

Tanam sepasu pun dah cukup.

Lebih mudah nak masak lepas ni. Terus petik fresh sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Hamizah Hanapi

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article