Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

LocalEnvironment
2 Sep 2024 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

Jalan Bandar Rawang 2, yang terletak bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), ditutup sementara kerana terdapat tanda-tanda mendapan tanah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat, menjelaskan bahawa tindakan ini diambil untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh agensi berkaitan.

Menurut beliau, kejadian serupa pernah dilaporkan pada awal tahun ini, dan masalah tersebut kembali dikesan baru-baru ini.

“Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.

“MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh penutupan jalan bergantung kepada hasil pemeriksaan keselamatan di lokasi berkenaan.

“Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.

“Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, ” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved