Tanda Perpisahan, Ibu Bapa Murid Darjah 3 Bagi Hadiah Smiggle Untuk Rakan Kelas & Kate Spade Untuk Guru

Family & Parenting
13 Feb 2024 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini melalui platform TikTok, seorang murid darjah tiga telah menarik perhatian ramai apabila dia memberi hadiah kepada rakan kelas serta guru.

Hadiah perpisahan jenama mewah

Difahamkan dari video yang dimuat naik oleh pelajar tersebut, anaknya mahu memberi hadiah perpisahan kepada rakan sekelas dan guru kelas pada hari akhir persekolahan.

Disebabkan itu, wanita tersebut dan suaminya mencari hadiah yang membolehkan mereka ingat tentang anak apabila sudah tidak bersekolah disitu lagi.

Terdapat dalam 20 rakan kelas murid tersebut yang mendapat hadiah jenama Smiggle, manakala guru kelas mendapat hadiah jenama mewah Kate Spade.

Netizen terharu, hadiah berjenama yang akan diingati

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu apabila melihat murid tersebut menyerahkan hadiah-hadiah berjenama mewah itu kepada rakan kelas serta guru kelas sebagai tanda perpisahan.

image is not available

image is not available

image is not available 4 weeks ago

"Ini Kaya Tahap Lain, Netizen Kalah Dengan Kuda.." - Intan Najuwa Dituduh Riak, Beli Barang Jenama Hermes Untuk Kuda Kesayangan