Tanda Protes, Puluhan Diplomat Keluar Dewan PBB Ketika Netanyahu Berucap

WorldPolitics
25 Sep 2026 • 5:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tanda Protes, Puluhan Diplomat Keluar Dewan PBB Ketika Netanyahu Berucap

Puluhan diplomat dari seluruh dunia bertindak keluar dari dewan ketika Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebagai tanda protes terhadap pemimpin Israel itu.

Memetik AFP, para perwakilan turut mengejek dan mencemuh Perdana Menteri Israel itu ketika meninggalkan dewan berkenaan.

Pada masa sama, delegasi Netanyahu pula berdiri sambil memberikan tepukan, sebelum pengerusi sesi meminta semua pihak supaya kembali bertenang.

“Jika masih ada pengecut moral lain yang belum meninggalkan dewan ini, sila keluar sekarang,” kata Netanyahu.

Dewan yang sebelum itu hanya dipenuhi sebilangan kecil perwakilan secara beransur-ansur mula dipenuhi menjelang ucapan Netanyahu, lapor AFP.

Diplomat Keluar Dewan PBB

Delegasi Palestin sebelum itu menerusi satu memo yang dilihat AFP telah menyeru perwakilan negara lain supaya menyertai tindakan mereka sebagai tanda protes.

Netanyahu yang kini berdepan kempen pilihan raya mencabar di Israel turut menggunakan ucapannya di PBB untuk mengkritik beberapa pihak, termasuk musuh dan sekutu negara itu.

Image from: Tanda Protes, Puluhan Diplomat Keluar Dewan PBB Ketika Netanyahu Berucap
Kredit: AFP

Beliau turut menyerang Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani dengan menyifatkannya sebagai antisemitik serta mendakwa ramai masyarakat Yahudi tidak lagi berasa selamat sejak Mamdani dipilih sebagai datuk bandar.

Baca juga:

Mamdani sebelum ini menyatakan hasrat untuk melaksanakan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Netanyahu sekiranya beliau berada di New York, sebelum mengakui tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian.

ICC yang berpangkalan di The Hague pada 2024 berkata terdapat alasan munasabah untuk mempercayai Netanyahu bertanggungjawab terhadap jenayah perang dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Netanyahu menafikan dakwaan ICC tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved