Tandas banyak, masih nak 'membuang hajat' merata-rata

16 Jul 2026 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tandas banyak, masih nak 'membuang hajat' merata-rata
Pihak berkuasa diharapkan agar lebih tegas dengan pelancong asing yang melanggar undang-undang atau mencemarkan kebersihan awam - Gambar hiasan

MERAKJalanan kadang-kadang hairan. Kemudahan tandas banyak, papan tanda arah ke tandas juga jelas terpampang. Tapi masih ada juga pelancong asing yang 'tak makan saman' merasakan mereka bebas 'membuang hajat' di mana-mana sahaja dia suka.

Mula-mula negara dikejutkan dengan perbuatan seorang pelancong asing wanita dengan selamba membiarkan anaknya membuang air di longkang berhampiran Tasik KLCC.

Kemudian tular pula insiden seorang warga asing membuang air kecil di eskalator MRT, disusuli seorang pelancong diarah keluar selepas membuang air dalam gerabak kereta api KTMB.

Belum pun reda, heboh pula rakaman video seorang pelancong membiarkan anak kecilnya membuang air besar ke dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Entah apa pula episod memalukan yang bakal menyusul selepas ini.

Perbuatan ini bukan sahaja mengundang kemarahan rakyat kita, malah mencalarkan imej negara. Amat mengecewakan apabila insiden berulang seolah-olah tiada tindakan, sedangkan Malaysia sentiasa berusaha menampilkan diri sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Benar, kita diajar menghormati tetamu dan menghargai kehadiran pelancong yang menyumbang kepada ekonomi negara. Tapi kalau orang datang ke rumah kita lalu sengaja membuat kotor di ruang tamu, takkan kita masih nak beri layanan dengan hidangan kuih muih?

Merak Jalanan berharap pihak berkuasa lebih tegas dengan pelancong asing yang melanggar undang-undang atau mencemarkan kebersihan awam. Jangan terlalu berlembut sehingga ada yang beranggapan mereka boleh melakukan apa sahaja di Malaysia.

Takut nanti slogan 'Malaysia Truly Asia' dipersendakan sebagai 'Malaysia, you can do anything'.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved