Tandas Di Jepun Kini Boleh Menganalisa Tahi Bagi Tujuan Kesihatan

TechnologyHealth & Fitness
19 Jan 2026 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jepun ialah negara yang aneh kerana inovasi teknologi di negara ini sering lain daripada negara lain. Tahun lalu misalnya mesin basuh manusia ditawarkan bagi mereka yang malas mandi secara manual. Tahun ini, tandas dengan sistem yang menganalisa tahi pula dilancarkan bagi menjejak tahap kesihatan tubuh pengguna.

image is not available

Tandas Neorest dibangunkan oleh syarikat Toto dengan ia mengimbas tahi menggunakan sensor LED. Ia akan mengukur bentuk, isipadu dan warna tahi sebelum mengelaskannya ke dalam 3 kategori berbeza. Maklumat akan kemudiannya dihantar ke telefon pintar dan aplikasi akan memberikan saranan diet berdasarkan analisa ke atas tahi. Contohnya ia akan memberikan saranan mengambil lebih banyak sayur dan serat.

Dengan ini pengguna akan dapat menjejak kesihatan tubuh secara aktif menerusi tinja yang biasanya dibuang begitu sahaja. Ini bukan teknologi imbasan bahan kumuh pertama memasuki pasaran. Tahun lalu Kohler melancarkan kamera mangkuk tandas Dekoda yang akan menganalisa bukan sahaja tahi tetapi juga air kencing untuk menjejak kesihatan tubuh pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved