Tandas Pintar BMW-i Pertama Malaysia Dibuka Di Putrajaya, Dilengkapi Teknologi Tanpa Sentuhan

LocalTechnology
14 Oct 2026 • 9:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tandas Pintar BMW-i Pertama Malaysia Dibuka Di Putrajaya, Dilengkapi Teknologi Tanpa Sentuhan

Tandas yang bersih sememangnya menjadi pilihan ramai, tetapi kehadiran tandas pintar menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa, moden dan menarik.

Dalam satu hantaran, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata tandas pintar pertama Malaysia, BMW-i kini ada di Dataran Putra, Putrajaya.

Tandas BMW-i (Bersih, Menawan, Wangi & Pintar) itu telah dirasmikan pada Selasa.

Tandas Pintar BMW-I Pertama Malaysia

Image from: Tandas Pintar BMW-i Pertama Malaysia Dibuka Di Putrajaya, Dilengkapi Teknologi Tanpa Sentuhan

"Tandas pintar ni terletak di Dataran Putra, sebelah Masjid Putra, khas untuk keselesaan orang ramai dan pelancong yang datang jalan-jalan kat Putrajaya," katanya.

Ujarnya, sempena Tahun Melawat Malaysia, tanggapan pertama yang diberikan kepada pelancong luar negara perlulah mengagumkan.

"Sempena Tahun Melawat Malaysia ni, mestilah kita nak bagi first impression yang gempak kat pelancong luar negara kan," ujarnya.

Sementara itu, tandas BMW-i ini dilengkapi teknologi pintar yang membolehkan pili air, dispenser sabun dan pam tandas berfungsi secara automatik tanpa perlu disentuh pengguna.

Image from: Tandas Pintar BMW-i Pertama Malaysia Dibuka Di Putrajaya, Dilengkapi Teknologi Tanpa Sentuhan

Selain itu, tandas ini turut dilengkapi sensor untuk memantau kualiti udara dan tahap kebersihan, selain menyediakan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

Bagaimanapun, Nga turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan tandas berkenaan kerana tanggungjawab itu terletak pada setiap pengguna.

Baca juga:

"Cuma satu je saya nak pesan, siapa yang guna tandas ni, tolong jaga elok-elok ya.

"Kerajaan boleh sediakan kemudahan yang tip-top, tapi bab kebersihan ni akhirnya bergantung kepada sikap kita juga.

"Kebersihan awam, tanggungjawab kita semua," katanya.

Image from: Tandas Pintar BMW-i Pertama Malaysia Dibuka Di Putrajaya, Dilengkapi Teknologi Tanpa Sentuhan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved