Tanduk Kena Bakar, Lembu Jantan Naik Minyak ‘Rodok’ Lelaki Sampai Mati

25 Aug 2022 • 12:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanduk Kena Bakar, Lembu Jantan Naik Minyak ‘Rodok’ Lelaki Sampai Mati

SEPANYOL- Seorang lelaki dilapor maut akibat dirempuh dan ditanduk seekor lembu jantan selepas tanduknya dibakar dalam satu perayaan di Sepanyol.

Dilaporkan, kejadian yang mencetuskan panik kepada orang awam itu berlaku pada hari Ahad semasa perayaan keagaman berlangsung di bandar Vallada di Valencia, Sepanyol.

image is not available
Gambar: Daily Star

Menerusi video ngeri itu, terdapat beberapa orang awam yang cuba membantu mangsa namun tidak dapat berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian itu, dilaporkan mangsa yang berasal dari Almansa telah datang untuk melibatkan diri dalam perayaan tersebut namun maut kerana dipercayai limpanya pecah akibat daripada kesan rempuhan tersebut.

image is not available
Gambar : Daily Star

Difahamkan, dua bola bahan mudah terbakar telah diletakkan pada kedua-dua tanduk lembu tersebut menyebabkan tanduknya terbakar.

Kesakitan akibat terbakar dilaporkan menyebabkan lembu tersebut bertindak di luar kawalan dan menyerang mangsa.

Satu penghormatan untuk mangsa yang terkorban dilaporkan telah dibuat di bandar tersebut sejurus selepas itu.

Sumber : Daily Star