Tangan budak perempuan tersepit di pemegang eskalator

3 Feb 2024 • 8:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba dan pihak penyelenggaran sedang mengeluarkan tangan kanak-kanak tersepit di pemegang eskalator di sebuah Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), di sini, pada Jumaat.

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah tangan kanannya tersepit di pemegang eskalator di sebuah Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), di sini, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 10.33 malam.

"Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya bertindak mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas.

"Operasi itu turut dibantu oleh pihak penyelenggaran sehingga mangsa berjaya diselamatkan, kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved