Tangan disarung selipar, ramai kagum lihat kanak2 istimewa merangkak masuk sekolah

LocalFamily & Parenting
18 Feb 2025 • 6:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Merangkak masuk sekolah

Seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Azah meluahkan rasa gusar apabila anak lelakinya, 5, yang menghidap sindrom caudal regression (CRS) memulakan sesi persekolahan 2025/2026, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Siti di laman TikToknya, dia menghantar anak lelakinya yang mesra disapa Sharid ke prasekolah sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.

Merangkak masuk sekolah

Disebabkan penyakit yang dialami anaknya, Sharid perlu menggunakan bantuan tangan yang disarungkan dengan selipar bagi memudahkan pergerakan.

“Hari pertama sekolah, happy je adik..ibu yang berdebar,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat ibu bapa lain turut menemani dan mengiringi anak masing-masing menuju masuk ke perkarangan tempat perhimpunan.

Merangkak masuk sekolah

image is not available

image is not available

Netizen kagum dengan semangat adik Sharid!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat kanak-kanak istimewa itu hadir ke sekolah walaupun dirinya tidak sempurna seperti rakan-rakan seusia yang lain.

image is not availableimage is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Sharid membesar menjadi insan yang berjaya dan berharap agar segala urusannya dalam menuntut ilmu di sekolah dipermudahkan.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @sitiazah87