Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City

Football
13 May 2024 • 7:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kamal Azizi Mohamad Zabri patah tangan, malam tadi selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya. Foto Awani

KETUA jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac menjelaskan keadaan terkini pemain pertahanan pasukannya, Muhammad Kamal Azizi Mohamad Zabri, yang mengalami kecederaan patah tangan, malam tadi.

Kamal terpaksa dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya dan terpaksa digantikan oleh J Partiban.

Begitupun, jurulatih berusia 53 tahun itu masih menanti keputusan penuh daripada pemeriksaan pakar berkenaan keadaan semasa pemain itu. - Awani