“Tangan Kami Bersentuhan..” – Ailee Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Bakal Suami, Choi Sihun

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 10:20 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak sabarnya nak tunggu hari bahagia Ailee dan Choi Si-hun!

Terbaru, Ailee telah muncul sebagai tetamu menerusi program “Best Friend Documentary: Table for 4”, di mana wanita itu ada berkongsi cerita mengenai pertemuan pertamanya dengan bakal suami, Choi Si-hun.

Kongsinya,

Saya bertemu dengannya ketika konsert g.o.d. Kami menonton persembahan besama dan pada waktu itu, saya sangat sejuk dan menggigil. Kemudian, dia memberikan saya jaketnya untuk menutup lutut saya. Tangan kami bersentuhan ketika sedang bertepuk tangan.

image is not available

Ketika ditanya siapa yang melamar dahulu, Ailee menjawab,

Tiada siapa yang melamar kerana ianya berlaku secara semula jadi semasa kami sedang bercinta. Kami sudah melakukan persiapan perkahwinan dengan baik dan semua perkara besar sudah selesai.

Sementara itu, Ailee dan Choi Si-hun dilapor akan menamatkan zaman bujang bersama pada 20 April 2025 nanti.

Tahniah sekali lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.