‘Tangani keperluan pesakit klinik Sindumin’

LocalHealth & Fitness
9 Mar 2025 • 11:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Pihak Klinik Kesihatan Sindumin digesa mengambil jalan alternatif bagi memastikan pesakit, terutama warga emas, diberikan layanan terbaik semasa berurusan di klinik itu.

Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sipitang, Maria Samuel berkata berkata kelewatan perkhidmatan memaksa pesakit warga emas menunggu berjam-jam dalam keadaan tidak selesa, diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kekurangan tempat duduk di klinik. Malah ada yang terpaksa berdiri untuk tempoh yang lama.

“Proses pendaftaran yang perlahan, di mana pesakit perlu menunggu berjam-jam sebelum dipanggil untuk temujanji dengan pegawai perubatan, malah menyebabkan sesetengahnya terpaksa membatalkan puasa kerana tempoh menunggu yang lama.

“Saya mencadangkan klinik membahagikan kaunter pendaftaran kepada beberapa kategori, khususnya bagi warga emas, individu berpuasa dan mereka yang tidak, bagi mempercepatkan proses rawatan,” katanya kepada Daily Express pada Khamis.

Maria berkata pihak pengurusan klinik mesti menyediakan ruang menunggu yang lebih selesa dan berhawa dingin, sama seperti hospital di kawasan bandar, bagi memastikan kebajikan pesakit.

Beliau mempersoalkan kenapa Klinik Kesihatan Sindumin masih belum dinaik taraf, tidak seperti klinik lain termasuk Klinik Kesihatan Weston, Klinik Kg Lingkungan dan Klinik Padas Damit yang sudah mempunyai kemudahan lebih baik.

“Saya menggesa Adun Sindumin, yang juga Pengerusi Qhazanah Sdn Bhd, Datuk Dr Yusof Yacob, bersama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, untuk melawat klinik, menilai keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.