Tangguh Filem Antarabangsa Buka Lebih Ruang Filem Tempatan Masuk Pawagam

Movie
7 Mar 2024 • 4:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tangguh tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam bakal memberi peluang kepada filem tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata hasil perbincangan Finas dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

Tangguh filem antarabangsa

image is not available

“… kami boleh katakan, ini sebagai satu peluang sebab saya dapat maklumat daripada pawagam ada beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta filem terbitan mereka ditangguhkan tayangan sehingga tahun depan.

“Hasil perbincangan dengan pawagam, selain filem tempatan, ada banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu bersaing dengan filem dari Hollywood,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir: Cabaran dan Masa Depan Filem Tempatan di Pawagam di Bernama Radio hari ini.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Finas sedang bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merancang dan menganalisa serta mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

image is not available

“Kami sedang berbincang dengan produser yang akan menghasilkan filem tersebut terutamanya dari segi pemasaran, kerana jika boleh kami mahu mereka menguar-uarkan dua atau tiga bulan sebelum filem itu dikeluarkan.

“Ini penting, agar filem tersebut dikenali kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam seterusnya menerima sambutan,” katanya.

Sumber: Bernama