Tangguh kemenangan PAS lebih wajar dari tangguh haji -Puad Zarkashi

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Puad Zarkashi

Isu politik dan agama terus hangat dibincangkan apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi tampil menyindir kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menyeru umat Islam mengutamakan kemenangan politik berbanding menunaikan haji dan umrah.

image is not available

Puad Zarkashi tegaskan kemenangan parti tak jamin kemenangan Islam

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Puad menegaskan bahawa adalah lebih wajar untuk “menangguhkan kemenangan Pas” berbanding ibadat haji, kerana menurutnya, kemenangan parti itu tidak semestinya menjamin kemenangan Islam.

“Belum tentu Pas menang maka Islam akan tertegak. Apatah lagi kalau Pas menang di PRK Ayer Kuning. Setakat menang satu kerusi tidak mengubah Kerajaan Perpaduan di Perak,” tulisnya.

image is not available

Puad Zarkashi selar penggunaan agama dalam kempen politik

Beliau turut menyelar penggunaan agama secara sewenang-wenangnya dalam kempen politik Pas, termasuk penggunaan ayat al-Quran, hadis dan fatwa bersifat politik yang mengelirukan rakyat.

“Menangguhkan kemenangan Pas juga bermaksud menghentikan politik kebencian agama serta penggunaan ayat-ayat al-Quran dan hadis sesuka hati,”katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Mohd Puad turut mempersoalkan keberkesanan pentadbiran Pas di negeri yang mereka kuasai seperti Kelantan dan Terengganu.

“Apa kejayaan Pas? Tangguh kemenangan Pas. Jangan tangguh haji dan umrah,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Abdul Hadi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memberi bayangan agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik dalam PRK DUN Ayer Kuning dan menyifatkan kemenangan politik sebagai tuntutan penting dalam menegakkan Islam.

Sumber: Facebook DrPuad Zakarshi