'Tanggungjawab besar untuk bangsa, negara' - Eizlan Yusof

Politics
2 Nov 2022 • 9:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Eizlan Yusof

SHAH ALAM - Selebriti terkenal negara, Datuk Seri Idris Md Yusof atau lebih dikenali Eizlan Yusof menyifatkan pencalonannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai tanggungjawab besar yang perlu digalas.

Beliau yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, tanggungjawab itu perlu dipikul dengan sebaiknya demi bangsa dan negara.

“Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Eizlan merupakan antara tiga daripada selebriti tanah air yang diangkat menjadi calon mewakili GTA pada pilihan raya kali ini.

Selain Eizlan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dicalonkan di kerusi Parlimen Port Dickson, manakala Azlan Sani Zawawi atau Lando bertanding di Parlimen Port Dickson.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi berkata, pemilihan kesemua 121 calon mewakili gabungan itu mengambil kira pelbagai aspek.

Katanya, calon-calon yang dipilih juga mempunyai berintegriti, berpengalaman dan layak mewakili rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved