“Tanggungjawab Lelaki Untuk Melindungi, Bukan Untuk Ambil Kesempatan” – Hisyam Hamid Peka Isu Keganasan Rumah Tangga

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 1:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Hisyam Hamid menganggap lelaki yang memukul kaum wanita adalah insan yang lemah.

Menurut Kosmo, Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid berkata tugas kaum Adam adalah untuk melindungi kaum wanita selain memenuhi keperluan mereka.

Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, tanggungjawab kalian adalah untuk melindungi keluarga terutama sekali wanita, bukan untuk mengambil kesempatan.

image is not available

Pada saya lelaki yang lemah sahaja akan pukul perempuan sebab kalau nak bandingkan kekuatan, sah-sah perempuan kalah. Kenapa nak pukul mereka?

 

Kita sebagai lelaki pastikan keperluan mereka cukup. Kalau nak pukul, cari seseorang yang sesuai.

Pelakon itu turut menasihati kaum lelaki yang panas baran untuk mencari tempat meluahkan tekanan perasaan tanpa mengasari pasangan.

image is not available

Pada golongan yang suka memukul atau mempunyai masalah panas baran, itu semua hanyalah psikologi.

 

Cari ruang untuk melepaskan ketegangan atau berjumpa dengan pakar. Lepaskan kemarahan terpendam, bukan dengan cara pukul apatah lagi terhadap insan lemah.

image is not available 2 months ago

“Tiada Guna Berdrama, Buka Aib Selepas Cerai” - Hisyam Hamid Pilih Hidup Tenang Tanpa Gosip Panas