Tangisan Malaikat, Terinspirasi Dari Malaika, Anak Yasin Sulaiman 

30 Jun 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Anak mana yang tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan bapanya kerana ditahan di penjara. Itulah yang dialami Malaika, 14, anak perempuan kepada penyanyi Yasin Sulaiman yang ketika ini masih lagi berada dalam tahanan di penjara Sungai Buloh. 

Teriakan tangisan Malaika sewaktu pertama kali mendengar suara bapanya itu buat pertama kali di telefon selepas Yasin ditahan, pasti dimengerti oleh siapa sahaja yang pernah mengalami nasib yang sama sepertinya. 

Suasana itu pastinya mengharukan dan sebagai seorang bapa, pastinya Yasin sendiri tidak dapat menahan sebak mendengar tangisan Malaika itu. 

image is not available

Malaika juga akhirnya berpeluang untuk bertemu dengan Yasin sewaktu hadir di perbicaraan mahkamah bagi sebutan semula kes Yasin berkaitan tuduhan mengedar dadah jenis ganja. 

Rentetan tangisan Malaika itu, Yasin telah terinspirasi untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Tangisan Malaikat'. - Getaran, 30 Jun 2022 

Mari kita hayati bait-bait lagu ini… 

Tangisan Malaikat

Maafkan aku kerana menghilang

Sekelip mata tragedi datang

Hanya kerana sedikit kesilapan

Aku pun dikhianati kenalan

Aku telah hilang keupayaan

Untuk menghantar pesanan

Betapa susahnya perasaan

Aku tahu engkau keresahan

Berat badan menanggung

Berat lagi hati yang murung

Siksanya bila terkurung

Dan tiada jalan selain yang diharung

Biarku hadapi pertuduhan

Yang tak salah di sisi Tuhan

Dan biarku perjuangkan perubahan

Undang-undang ketinggalan zaman

Kini terlupa derita seketika

Takdir dan waktu mempertemukan kita

Dalam bicara yang erat

Ku dengar tangisan malaikat

Tak tertampung air mata

Titisan yang jatuh dari syurga

Tuhan beriku hati yang kuat

Untuk menadah air mata keramat

Gambar: FB Yasin Sulaiman