Tangkap ikan secara haram: 8 rakyat Vietnam didenda RM1.5 juta

16 Apr 2024 • 1:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Lapan rakyat Vietnam didenda berjumlah RM1.5 juta kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Mereka ialah juragan Duong Van Phong, 34, anak kapal Phan Van Thuan, 42, Nguyen Guang Linh Vu, 51, Chai Hoai Thanh, 26, Nguyen Van Trinh, 36, Ha Trong Luan, 37, Ngo Van Doan, 41, dan Nguyen Vanh Thuan, 35.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dibacakan jurubahasa Vietnam.

Nakhoda didenda RM800,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda itu, manakala semua anak kapal diperintahkan membayar RM100,000 atau enam bulan penjara setiap seorang.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Rakyat Vietnam terbabit didapati menangkap ikan secara haram jam 9.20 pagi pada 2 April tahun ini di atas sebuah kapal nelayan Vietnam di Pulau Kankamat.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta bagi juragan bot dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, semua warga Vietnam yang tidak diwakili itu merayu hukuman minimum, dengan mengatakan mereka mempunyai keluarga untuk dijaga dan mereka mahu pulang ke negara mereka secepat mungkin.

Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap mereka atas alasan perbuatan mereka boleh menjejaskan habitat dan ekosistem laut kita.

Mahkamah memerintahkan kapal itu, termasuk peralatan, dilucuthakkan kepada Kerajaan.

Warga Vietnam terbabit juga diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article