Tangki Air Kolej Kediaman Di UMS Tercemar, Dipenuhi Ulat Sampah Hidup

11 Nov 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tangki air kolej kediaman di Univeristi Malaysia Sabah tercemar

Tangki Air Kolej Kediaman Di UMS Tercemar, Dipenuhi Ulat Sampah Hidup. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana sebuah tangki berisi air dipenuhi ulat sampah yang hidup dipercayai disebabkan terdapat bangkai monyet di dalamnya telah membuat orang ramai risau.

Kejadian ini telah disahkan berlaku di Univeristi Malaysia Sabah (UMS) di mana berlakunya pencemaran di sebuah tangki air di kolej kediaman universiti berkenaan.

image is not available
Tangki Air Kolej Kediaman Di UMS Tercemar, Dipenuhi Ulat Sampah Hidup. Gambar tangkap layar dari TikTok kurimasakuti

Video tular telah di ambil maklum pihak UMS

Menurut kenyataan dari Pusat Komunikasi Korporat UMS, dijelaskan bahawa pihak mereka telah mengambil maklum terhadap video berkaitan pencemaran tangki air tersebut.

Susulan itu, pihak UMS melalui Jabatan dan Penyelenggaraan (JPP) telah menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam video tular tersebut,

Kejadian pencemaran tangki air itu berlaku di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS. tangki yang terjejas itu merupakan tangki dari sumber air melalui sistem telaga tiub dan tidak menjejaskan sumber air yang disalurkan daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai sumber utama kegunaan harian pelajar.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok kurimasakuti

Tangki telah diarahkan untuk dikosongkan

Dilaporkan bahawa JPP telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki berkenaan ekoran kejadian tersbeut. Dalam masa yang sama, JPP juga juga telah memberi arahan kepada kontraktor penyelenggaraan agar sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga pelajar UMS.

Oleh itu, pihak pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran serta kehidupan seharian mereka sepanjang berada di kolej kediaman.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/lelaki-blazer-merah-mohon-maaf-rakyat-sabah/

https://www.iloveborneo.my/sarawak-beri-cuti-tanpa-rekod-deepavali/