“Tanpa Awak Semua Ini Tidak Terasa Lengkap” – Isteri Fizi Ali Tak Sangka Terima Pengiktirafan Supermom Award 2025

EntertainmentFamily & Parenting
13 Sep 2025 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha meluahkan rasa syukur susulan menerima pengiktirafan Supermom Award 2025.

Tak sangka bakal raih anugerah Supermom Award 2025

Dapat dilihat melalui perkongsiannya di Instagram, Zulaikha berkata dia tidak pernah menyangka akan meraih anugerah tersebut kerana merasakan segala yang dilakukan adalah tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Saya hanya ikut kata hati sebagai seorang ibu, mencurahkan kasih sayang, kesabaran dan doa tanpa henti buat anak-anak. Namun Allah jadikan pengorbanan kecil itu sesuatu yang begitu bermakna. Alhamdulillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tizlkha (@tizlkha)

Katanya lagi, anugerah yang dimiliki itu bukan saja untuk dirinya, malah dikongsikan bersama anak-anak yang dianggap sebagai kekuatan serta sumber inspirasinya untuk setiap hari.

Mereka lah yang menjadikan saya seorang ibu, dan sebab itulah saya berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari.

“Supermom bukan gelaran yang saya kejar..”

Dalam pada masa yang sama, Zulaikha juga menzahirkan penghargaan buat suami tercinta kerana sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan hidupnya.

Malah, dia turut sempat meninggalkan pesanan buat kaum ibu untuk tidak berasa kecil dengan pengorbanan yang dilakukan buat anak-anak serta keluarga.

Supermom bukan gelaran yang saya kejar, tapi anugerah yang Allah hadirkan melalui ujian dan kasih sayang.

image is not available 2025-09-13 11:02:37

Siti Nordiana Nafi Bayaran Persembahan Mahal - "Saya Tetapkan Bayaran Ikut Kesesuaian"