Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa, 30 Jurugambar Jalanan Dikompaun Di KLCC

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 10:37 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hampir 30 jurugambar jalanan menerima kompaun menerusi operasi bersepadu KL Strike Force di sekitar KLCC, semalam susulan pelbagai aduan dan isu melibatkan golongan itu sejak kebelakangan ini.

Jurugambar jalanan dikompaun RM2,000

Menurut laporan Harian Metro, tindakan operasi tersebut berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila seorang jurugambar enggan memberikan kerjasama. Bagaimanapun, keadaan berjaya ditangani secara profesional oleh pegawai bertugas.

Jurugambar jalanan dikompaun

image is not available

Foto: Harian Metro

Seorang jurugambar yang enggan dikenali memaklumkan ini adalah kali pertama dia dikenakan kompaun atas kesalahan menawarkan khidmat fotografi.

“Ini kali pertama kena. Tengok dalam surat kompaun tulis RM2,00, macam mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman, botaklah kepala saya.

Kalau macam ini, mungkin saya terpaksa cari kerja lain. Tapi mereka ada sebut mungkin akan bagi lesen untuk kami di sini, jadi kita tunggu sahajalah,” katanya.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, tindakan dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Kesalahan melibatkan tawaran perkhidmatan fotografi kepada pengungjung sekitar KLCC menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Berhubung kejadian tular sebelum ini yang mendakwa kumpulan jurugambar cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong asing, seorang lagi jurugambar berusia 20-an menyatakan ia berpunca daripada salah faham.

image is not available

Foto: Carian Google

“Saya tak ada di tempat kejadian, tapi daripada cerita kawan-kawan, ia berlaku sebab masalah komunikasi antara dua pihak.

Benda pun sudah berlaku, sekarang semua terpaksa tanggung akibat. Macam orang kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya.

Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 9 malam itu melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Turut hadir, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)