Tanpa Media, Informasi Bermanfaat Tidak Dapat Disebarkan – MBI Selangor

12 May 2023 • 11:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tanpa media, pelbagai informasi bermanfaat tidak dapat disebarkan dengan meluas - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Laporan berita yang disediakan media amat membantu dari segi penyampaian maklumat kepada rakyat Malaysia, terutama terhadap golongan sasar.

Ketua Divisyen Khidmat Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), Daud Abd Rahman berkata, tanpa media, pelbagai informasi bermanfaat tidak dapat disebarkan dengan meluas.

Malah, katanya, ketiadaan laporan media membuatkan rakyat sukar mendapatkan berita sahih dan boleh dipercayai.

image is not available
Pengurusan kanan dan kakitangan MBI Selangor, anak syarikatnya serta media bergambar pada Majlis Aidilfitri MBI Selangor Bersama Media, baru-baru ini - Gambar ihsan MBI Selangor

“Bahkan, (daripada pihak MBI Selangor), projek dan inisiatif yang digerakkan kerajaan Selangor melalui pihak kami juga dapat diuar-uarkan kepada orang ramai.

“Media adalah satu daripada saluran komunikasi terpenting bagi Kumpulan MBI Selangor. Sinergi erat antara MBI Selangor dan rakan media ini diharap dapat dikekalkan serta diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap di Majlis Aidilfitri MBI Selangor Bersama Media, baru-baru ini.

Majlis itu dianjurkan bukan sahaja bagi terus merapatkan hubungan antara pengamal media dan MBI Selangor, tetapi juga sebagai menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada pengiat bidang berkenaan yang sentiasa memberi sokongan kepada syarikat terbabit.

image is not available
Sesi 'networking' bersama media - Gambar ihsan MBI Selangor

“Bahkan, projek dan inisiatif digerakkan kerajaan negeri melalui MBI Selangor juga dapat diuar-uarkan kepada orang ramai,” katanya.

Selain menjamu juadah lebaran, majlis itu menyaksikan pelbagai aktiviti interaktif diadakan bersama media, termasuk sesi ‘íce-breaking’ untuk memperkenalkan 23 anak syarikat MBI Selangor yang menjalankan peranan dan fungsi berbeza kepada media.

Petugas media juga diraikan menerusi aktiviti ‘cabutan bertuah’ yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. – Getaran, 12 Mei 2023