Tanpa mengira parti! Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 11:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tanpa terikat kepada kesetiaan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi surat terbuka yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Dr. Mahathir berkata keputusan yang dibuat oleh pengundi Melayu pada PRU akan datang amat penting kerana ia bakal menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Menurut beliau, pengundi Melayu perlu meletakkan kepentingan bangsa mengatasi kesetiaan kepada mana-mana parti atau kumpulan tertentu.

“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.
“Siapa dianya calon Melayu, itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya.

Image from: Tanpa mengira parti! Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu

Dalam masa sama,beliau berpandangan kesetiaan orang Melayu terhadap parti politik atau puak tertentu berpotensi menyebabkan kepentingan bangsa Melayu semakin terhakis.

Artikel lain: PRN Johor: BERSAMA tak tawar manifesto, pertaruh lima ‘Aku Janji Khidmat’

Beliau turut mendakwa kehilangan identiti Tanah Melayu akan memberi kesan kepada kedudukan bangsa Melayu pada masa hadapan.

“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini. Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” katanya lagi.

Image from: Tanpa mengira parti! Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu

Surat terbuka itu dikongsikan ketika landskap politik negara mula memperlihatkan pelbagai persiapan menjelang PRU akan datang, dengan pelbagai pihak tampil mengemukakan pandangan masing-masing mengenai hala tuju politik dan masa depan negara.

Sumber: FB Dr. Mahathir bin Mohamad

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved