Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa, Semua Pelajar IPT Sarawak Layak Terima RM1.2K

20 Nov 2024 • 6:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RM1,200 untuk semua pelajar IPT Sarawak seluruh negara, mulai tahun depan

Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa, Semua Pelajar IPT Sarawak Layak Terima RM1.2K. Semua pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi seluruh negara akan menerima wang saku sebanyak RM1,200 daripada kerajaan Sarawak bermula tahun depan, tanpa mengira tahap pendapatan keluarga mereka, kata Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau menegaskan bahawa pelajar-pelajar ini merupakan aset masa depan negeri, dan tumpuan mereka seharusnya sepenuhnya pada pelajaran tanpa diganggu oleh masalah kewangan.

image is not available
Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa, Semua Pelajar IPT Sarawak Layak Terima RM1.2K

“Semasa Lan Berambeh 2024 baru-baru ini, saya telah mengumumkan bantuan kewangan khas dalam bentuk wang saku untuk pelajar institusi pengajian tinggi.

“Dalam ucapan Bajet 2025, saya memberikan butiran lanjut mengenai bantuan ini, yang pada asalnya diperuntukkan kepada pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah.

“Namun, beberapa Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini telah menyuarakan kebimbangan berhubung penggunaan pendapatan per kapita sebagai kriteria kelayakan untuk bantuan ini.

Inisiatif kerajaan Sarawak, pendidikan diutamakan, beban kewangan diringankan

“Saya telah mendengar kebimbangan tersebut, dan dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa semua pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia akan layak menerima bantuan ini, tanpa mengira tahap pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan ucapan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menurut laporan media tempatan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai inisiatif pelajar Sarawak: