Tanpa Sebarang Keraguan, Fedez Berpegang Teguh Sokong Palestin

5 Dec 2023 • 4:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rapper terkenal Itali, Fedez, 34, berpegang teguh dalam sokong Gaza susulan konflik di antara Palestin-Israel.

Fedez atau nama sebenarnya ederico Leonardo Lucia, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk menunjukkan rasa belas ihsan kepada pihak yang sudah kehilangan orang tersayang akibat serangan daripada pihak zionis Israel.

Fedez sokong Palestin

image is not available

“Sekarang bukan lagi masanya untuk mempersoalkan pihak mana yang kita perlu berada. Kerana hanya ada satu pihak yang kalian perlu sokong.

“Dan pihak tersebut adalah kanak-kanak, orang awam dan individu yang tidak berdosa kehilangan orang tersayang di Gaza. Jika mereka tidak mati kerana pengeboman, mereka akan mati disebabkan oleh kekurangan air, makanan dan elektrik. Tolong lah berperikemanusiaan,” ujarnya dalam sebuah hantaran di InstaStory.

image is not available

Sehingga kini, Kementerian kesihatan memaklumkan, 15,899 individu terkorban di wilayah Palestin sejak tercetusnya perang dengan Israel, manakala 42,000 orang awam tercedera.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan mangsa, 70 peratus ialah wanita dan kanak-kanak.

Israel telah menyasarkan Gaza melalui serangan udara dan darat sebagai tindak balas susulan serangan pejuang Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu

image is not available

Menurut pihak berkuasa Israel, kira-kira 1,200 terbunuh dan 240 orang lagi dijadikan tebusan.

Sejak gencatan senjata tamatpada Jumaat, pertempuran kembali berlaku di Gaza, begitu juga dengan pelancaran roket ke arah Israel dan serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin.

Difahamkan juga, tentera Israel telah menahan 260 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang didudukinya dalam tempoh empat hari lalu ketika gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sumber: Instagram @celebrities4palestine