“Tapak Berlopak..” – Bayar Sewa RM1.2k, Peniaga Dakwa Ditipu Penganjur Karnival Usahawan Perak

28 Sep 2022 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang individu yang berniaga di Karnival Makanan Usahawan Perak 2022 tampil meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak penganjur majlis berkenaan.

Kata individu itu, mereka dikehendaki untuk membayar sewa tapak sebanyak RM1.2k namun tempat berniaga yang disediakan pihak penganjur hanyalah diibaratkan indah khabar dari rupa.

Dalam untaian Tweet tersebut, individu berkenaan memuat naik video dan foto memaparkan keadaan tapak yang berdebu dan berlobak, atau dengan kata lain, tidak semenggah seperti yang dijanjikan oleh penganjur.

Selain itu, pihak penganjur juga hanya menyediakan sedikit bilangan meja tidak beralas bersama kerusi sekaligus membuatkan penjual mengalami kerugian kerana tiada sambutan.

image is not available

Sumber : Twitter  

Malah, pengunjung juga seolah-olah ‘ditipu’ apabila penganjur menguar-uarkan mengenai kemasukan secara percuma ke karnival berkenaan tetapi perlu membayar RM10 atas alasan yuran parkir.

Difahamkan, individu tersebut bersama peniaga lain telah bertemu dengan wakil rakyat untuk menuntut bela di atas penganiayaan yang dilakukan oleh penganjur.

Menurut laporan di hujung untaian Tweet berkenaan, para peniaga setiap vendor telah dibayar ganti rugi sewajarnya iaitu sewa tapak bernilai RM1.2k, diwakilkan oleh Ahli Parlimen Tambun setelah penganjur karnival berkenaan tidak hadir ketika pertemuan bersama para peniaga itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Semata-Mata Nak Bergambar.." - Dua Hari Sesat Di Gunung, Anak 3 Tahun Jadi Mangsa Hiportemia