“Tapi Ada Batas” – Mahu Cabar Diri, Uqasha Senrose Sanggup Berkemban & Berpelukan Demi Hidupkan Watak

Entertainment
21 Jul 2023 • 1:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Uqasha Senrose memberitahu bahawa watak yang dilakonkan olehnya dalam filem seram Sumpahan Jerunei adalah dirinya sebelum berkahwin bersama Kamal Adli.

Kata Uqasha, dia sanggup melakukan babak berkemban kerana mahu menjayakan wataknya dalam filem yang dijalani empat tahun lalu.

Saya mahu cabar diri untuk jayakan semua babak tapi ada batas.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, pelakon wanita itu memberitahu babak berpelukan bersama Amerul Affendi dilakukan sewaktu dia serta Kamal Adli masih dalam fasa berkawan lagi.

Uqasha turut berkata sewaktu menjalankan penggambaran filem seram itu, dirinya sama sekali tiada kaitan dengan Kamal Adli dan ia adalah kerjaya masing-masing yang perlu dilaksanakan.

 

Sekadar info, filem Sumpahan Jerunei itu juga dilakonkan oleh Bront Palarae, Amerul Affendi, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

image is not available 4 weeks ago

"Sian.." - Disindir Masih Tiada Anak Dengan Kamal Adli, Ini Respon Uqasha Senrose...