“Tapi Ada Juga Kurang Berminat..” – Kahwin, Bekerja & Meninggal Dunia Punca Pelajar Tak Duduki Peperiksaan SPM 2023

28 May 2024 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin baru-baru ini, mendedahkan beberapa faktor pelajar tidak menghadirkan diri untuk duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Antara faktornya..

Jelas Nurani, antara punca calon tidak hadir menjawab peperiksaan SPM kerana ada yang berkahwin, bekerja, selain ada yang meninggal dunia.

Hal itu disedari oleh pihak JPNS selepas mendapati seramai 984 calon di Sabah tidak menghadirkan diri untuk jawab peperiksaan berkenaan.

image is not available

Calon tidak berminat

Nurani menjelaskan hal terbabit selepas diminta untuk mengulas mengenai topik punca 984 calon SPM 2023 di Sabah tidak menghadirkan diri.

Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi insya Allah kita akan lihat apa yang boleh dibantu.

Namun begitu, pengarah tersebut berkata jumlah tersebut menurun seramai 1,564 calon jika hendak dibandingkan dengan SPM 2022.

image is not available 1 day ago

"Pantau Influencer Kata SPM Tak Penting, Bagi Hukuman!" - Lebih 10K Pelajar Tak Hadir Duduki SPM 2023, Ibu Bapa Salahkan 'Influencer'?