“Tapi Kak, Selalunya Kamu Tutup Dada Dengan Sempurna” – Peminat Kecewa Tudung Izara Aishah Singkat

9 Dec 2023 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemunculan aktres Izara Aishah di mana-mana saja majlis dan acara dihadirinya sering mencuri tumpuan kerana penampilannya yang dikatakan sentiasa ‘on point’.

Terbaru, penampilan Izara yang memakai persalinan serba hitam ketika menghadiri sebuah acara mendapat pujian ramai peminatnya di media sosial.

Menerusi video dikongsi oleh menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, Izara tampak begitu elegan dan persalinan digayakannya terlihat begitu eksklusif.

Meskipun ramai yang memuji kecantikan dan penampilan ibu dua cahaya mata itu, Izara juga tidak terlepas daripada menerima kritikan segelintir individu.

Tidaklah mengkritik yang tidak elok namun ia lebih kepada menegur dan menasihati Izara yang sebelum ini bertudung menutup bahagian dada.

Kata segelintir individu, dia sangat cantik dengan persalinan itu namun mereka berharap agar Izara kekal istiqomah memakai tudung menutup dada.

image is not available image is not available

image is not available

View Original Article