“Tapi Niat Saya Bukan..” – Bermula Dari Sesi Luah Perasaan, Aliff Aziz Cerita Permulaan Hubungan Bersama Ruhainies

Entertainment
3 May 2024 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah tampil dalam sebuah podcast membahas tentang isu rumah tangganya yang tular dan menjadi tumpuan netizen sejak kebelakangan ini.

Hubungan mula terjalin

Kata Aliff, pada awalnya, rumah tangganya mula goyah semenjak dirinya dan Bella kurang berkomunikasi dan sering berbalah. Hal tersebut juga telah membuatkan perhatian Aliff ketika bekerja terganggu.

Disebabkan itu, Ruhainies yang sering berada di set bersamanya mula bertanya jika Aliff mempunyai sebarang masalah. Dari situ, suami Bella Astillah ini mula terbuka hati dengan aktres tersebut dan menjadi lebih rapat.

Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella betul-betul. Setiap kali saya cuba untuk berkomunikasi, setiap kali saya nak ceritakan tentang perasaan saya ia akan jadi pergaduhan.

 

Tapi dalam beberapa minggu semasa penggambaran, saya rasa mungkin prestasi saya dalam kerja kurang baik dan ramai yang di set penggambaran perasan perkara itu. Ruhainies pun ada bertanya adakah saya mempunyai masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Common Folks (@thecommonfolkssg)

Menjadi tempat luahkan perasaan

Ekoran itu, hubungan mereka kian rapat setelah Aliff mula selesa berkongsi cerita peribadinya kepada Ruhainies. Menurutnya, aktres itu juga mula rapat dengannya mungkin kerana berasa simpati terhadap isu rumah tangga yang dihadapinya.

Tapi tak lama selepas itu, kami jadi lebih rapat. Saya mula luah perasaan dan sampai sekarang saya rasa itu satu keputusan yang amat saya kesali.

 

Tapi niat saya bukanlah untuk raih simpati, pada saya ia hanya untuk berkongsi apa yang saya rasa. Malangnya dengan berkongsi ia telah membuka pintu untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Terdahulu, pada 9 Mac, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Tak lama selepas itu, Bella telah memfailkan kes cerai terhadap Aliff namun pelakon ini enggan melepaskan isterinya.

image is not available 24 hours ago

“Saya Tidak Boleh Nak ‘Brain’..” - Kebetulan Atau Tak, Ruhainies Dedah Plot Drama Baru Sama Dengan Situasi Sekarang