Taraf saranan Malaysia Smelting Corp dinaikkan kepada 'Beli', TP kekal RM3.40 – Malacca Securities
herman
09/07/2024 - 10:32
KUALA LUMPUR 9 Julai - Malacca Securities menaikkan taraf saranan saham Malaysia Smelting Corp Berhad (MSC) kepada ‘Beli’ dengan harga sasaran (TP) kekal pada RM3.40 sesaham.
Menurut firma penyelidikan itu, ketika ini bijih timah berada dalam fasa kitaran menaik susulan peningkatan pelaburan dalam kenderaan elektrik (EV), solar dan elektrik dan elektronik (E&E) serta pemulihan China baru-baru ini.
"Kekangan bekalan bijih timah yang berterusan di Indonesia dan Myanmar dan harga MSC yang sangat berhubung kait dengan harga timah walaupun pendapatan turun naik mungkin mendorong nibah harga kepada pendapatan (P/E) meningkat pada masa hadapan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Sementara itu, Malacca Securities berakata, terdapat kekangan bekalan logam yang digunakan dalam elektronik akibat gangguan pengeluaran di Indonesia dan Myanmar dengan ketika ini masih ada ketidakpastian mengenai bila Myanmar akan mula menghasilkan semula.
"Kami berpendapat bahawa permintaan akan datang daripada penjualan semikonduktor global yang meningkat, di mana penjualan meningkat 19.3% YoY dan 4.1% MoM, berdasarkan statistik daripada Persatuan Industri Semikonduktor, didorong oleh permintaan barang elektronik.
"Saat ini, kami mengharapkan harga bijih timah mempunyai risiko penurunan yang terhad dengan sokongan daripada permintaan yang meningkat dalam industri EV dan E&E serta peningkatan penggunaan tenaga solar dalam usaha menuju ke arah alam sekitar yang lebih hijau," jelasnya.
Menurut firma penyelidikan itu, harga timah telah pulih dengan ketara dan menunjukkan kecekapan pada separuh pertama tahun 2024 (1H24).
"Purata harga timah diperdagangkan pada USD24,666 semasa suku keempat 2023, dan meningkat kepada purata USD26,397 (+7.0% QoQ) pada suku pertama 2024 dan USD32,325 (+22.5% QoQ) pada suku kedua 2024," ujarnya.- DagangNews.com

