
Tuaran: Jabatan Tanah dan Ukur merampas sebuah jengkaut dan lori 10 tan dalam serbuan di tapak penarahan bukit di Kampung Bundung di sini Jumaat lepas.
Pengarahnya Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min berkata pasukan penguatkuasa jabatan itu melakukan serbuan itu berikutan maklumat dan aduan orang ramai.
Beliau berkata, pihak terbabit didapati sedang menggali dan mengambil serta mengalihkan tanah di kawasan bukit tanpa kebenaran atau lesen untuk menjalankan aktiviti sedemikian di tapak berkenaan.
Aktiviti menggali, mengambil dan memindahkan tanah tanpa kebenaran dan lesen daripada Jabatan Tanah dan Ukur adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 168 Ordinan Tanah Sabah, Bab 68.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Dalam serbuan kira-kira jam 10.15 pagi itu, pasukan penguat kuasa jabatan itu merampas sebuah jengkaut Hitachi-Zaxis 350 H dan sebuah lori 10 tan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana pekerja terbabit berjaya melarikan diri.
“Jabatan telah membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai serbuan dan rampasan itu. Kertas Siasatan (IP) akan dibuka sebaik sahaja Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan mendapat semua maklumat yang diperlukan dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut dengan peruntukan dalam Ordinan Tanah Sabah, Cap 68,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.
Beliau berkata pasukan penguatkuasa jabatan itu akan terus memantau aktiviti pengekstrakan haram tanah/pasir/batu atau bahan galian lain di seluruh Sabah.
“Pemantauan bukan sahaja pada hari bekerja tetapi juga pada hujung minggu dan cuti umum. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan dan melanggar undang-undang yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah, Cap 68,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


