Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara

17 Mar 2023 • 12:30 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SHAH ALAM: Pentadbir masjid, surau & musolla di Selangor diingatkan tentang keperluan menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Menurutnya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

image is not available
(Sekadar gambar hiasan)

“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.”

“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” menurut beliau menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.

Berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakkan untuk memakai pelitup muka.”

“Selain itu, individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau,” pesan beliau.


BACA JUGA


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved