
Kumpulan ‘baby’ ligat samun, ragut warga emas tumpas
Target Samun Dan Ragut Warga Emas, ‘Geng Baby’ Akhirnya Tumpas Di Tangan Polis. Polis berjaya menangkap tujuh individu yang terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan ragut warga emas selama tiga bulan terakhir.
Mereka ditangkap di beberapa lokasi berasingan di Padawan dan Kuching pada Selasa (6 Jun 2023).

Kesemua suspek adalah warga tempatan yang mempunyai rekod kesalahan jenayah samun, curi dalam bangunan, curi kenderaan, dan dadah.
Selain itu, polis juga merampas motosikal yang masih hilang di Daerah Padawan, sembilan telefon bimbit, empat kad bank, dan sebelas bilah senjata tajam terhadap suspek.

Kumpulan ini bertujuan menyasarkan warga emas sebagai mangsa pada waktu awal pagi dan mereka bergiat aktif di daerah Kuching, Kota Samarahan, dan Padawan.
Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis telah berjaya menyelesaikan sejumlah kes samun ragut, curi dalam bangunan, dan curi motosikal.

Semua suspek di reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah memberikan maklumat sehingga menghasilkan penangkapan kesemua suspek.
