
Festival tarian rakyat kuching berlangsung pada 6 ogos di stadium hoki sarawak
Tarian Rakyat Kembali Meriahkan Festival Kuching 2023 Pada 6 Ogos. Acara Tarian Rakyat akan Kembali memeriahkan Festival Kuching, yang akan berlangsung pada 6 Ogos di Stadium Hoki Sarawak.
Dalam acara ini, kumpulan-kumpulan tarian dari pelbagai etnik di Sarawak akan bersama-sama menampilkan keunikan dan keindahan budaya mereka melalui persembahan tarian yang menghiburkan.

654 peserta akan tampil
Menurut laporan, seramai 645 peserta yang akan tampil dalam pelbagai kostum untuk persembahan yang menarik.
Pengerusi penganjur Kr Judy Kho Poh Gek berkata pertunjukan tahun ini lebih bermakna di mana Kuching turut meraikan ulang tahun ke-35 sebagai status bandar raya.
“Pertunjukan akan berlangsung pada 6 Ogos di Stadium Hoki Negeri, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bermula jam 6 petang.
“Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk menyaksikan pertunjukan ini yang penuh warna warni,” katanya menerusi sumber.
Judy turut menyatakan bahawa peserta pertunjukan telah berlatih selama berbulan-bulan untuk menjayakan pertunjukan itu nanti.

Difahamkan, sebanyak 26 pasukan tempatan menyertai pertunjukan itu dan 11 pasukan jemputan dari Lawas, Miri, Kelantan, Sabah, Bintulu, Sibu dan Sri Aman.
Susulan itu, Judy mengajak orang ramai untuk hadir menyaksikan pertunjukan Tarian Rakyat itu yang akan berlangsung selama dua jam.
Untuk memperkukuhkan perpaduan di Sarawak
Acara ini juga menjadi platform untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian budaya Sarawak, memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik di negeri ini.

