
Kota Kinabalu: Tarian Singa sinonim dengan sambutan tahunan Tahun Baharu Cina yang memaparkan kemahiran tarian akrobatik lazimnya diiringi muziknya sendiri iaitu gendang dan simbal.
Bagaimanapun, pemilik bersama restoran makanan laut di Tanjung Aru Plaza mengambil pendekatan berbeza dengan mengimprovisasi unik tarian singa di premisnya untuk menarik pelancong dan pengunjung dengan menyelitkannya dengan elemen tarian kumpulan etnik tradisional Sabah.
Ken Oliver berkata beliau dan isterinya Cristina Petrus selaku pemilik bersama restoran itu telah menghasilkan idea sedemikian untuk menunjukkan tarian singa mengetengahkan gabungan tarian tradisional etnik Sabah khususnya tarian Magunatip kaum Murut.
Beliau berkata penari singa melakukan tarian Magunatip dan menunjukkan kemahiran menajkubkan mereka melangkah antara batang buluh yang digerakkan mengikut irama gong.
