Perak mengumumkan kadar takrif air baharu akan dikuat kuasa bermula 1 Mei dengan menyaksikan kenaikan lima sen bagi setiap meter padu iaitu 75 sen berbanding 70 sen untuk penggunaan domestik sehingga 20 meter padu.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau yakin kenaikan tarif yang akan tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.

Foto: News Straits Times
“Saya yakin boleh diterima rakyat. Sebab pertama, ia sudah melepasi berapa puluh tahun, kita tak pernah menaikkan tarif itu.
“Kedua, ada keperluan khusus bagi Lembaga Air Perak (LAP) mempunyai wang yang mencukupi untuk memperbaiki perkhidmatannya.
“Jadi, kita perlukan sedikit tambahan wang untuk membolehkan LAP ganti paip baru, perbaiki mana-mana paip lama dan pelbagai sistem-sistem baru, termasuk meter dan sebagainya, yang menyebabkan kita perlukan pertambahan kos,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini.

Foto sekadar hiasan
“Caj bagi penggunaan 21 hingga 35 meter padu ditetapkan pada kadar RM1.08, berbanding RM1.03 sebelum ini.
“Penetapan tarif baharu berkenaan tidak menjejaskan program air percuma 25 meter padu sebulan untuk golongan sasar dan program air percuma 20 meter padu untuk rumah ibadat,” tambahnya lagi.

Foto: Utusan Malaysia
The post Tarif Air Pengguna Domestik Di Perak Naik 5 Sen, MB Yakin Keputusan Tak Bebankan Rakyat appeared first on Borak Daily.
