Tarif Turun, Ekonomi Naik? PNM Kupas Dampak Lawatan Xi Jinping ke Malaysia

LocalBusiness & Finance
15 May 2025 • 9:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia.

Program ilmiah berkenaan menjadi platform perkongsian ilmu antara cendekiawan dan masyarakat, khususnya dalam memahami kesan dasar ekonomi global kepada negara.

image is not available

PNM kupas isu lawatan Presiden China

Tahun ini, pentas Bicara Eksekutif menampilkan Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, yang juga merupakan profesor ulung kelima negara.

Beliau mengupas isu besar membabitkan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Antara intipati utama yang dibincangkan ialah mengenai pengurangan halangan tarif terhadap produk eksport Malaysia ke China, yang dijangka memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Program ini juga merupakan kesinambungan program terdahulu yang membawakan pembicara dari kalangan cendekiawan yang bertaraf profesor ulung untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran bidang,” ujarnya.

image is not available

PNM perkukuh peranan sebagai pusat ilmu

Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh peranan PNM sebagai pusat ilmu, malah menyokong pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) UNESCO ke-4, iaitu pendidikan berkualiti sepanjang hayat.

“Menyediakan wadah perkongsian ilmu dan kepakaran bidang tertentu yang signifikan dengan masyarakat selaras dengan prinsip moral dan etika.”

image is not available

PNM juga menekankan pentingnya program ini dalam memperkasa perpaduan masyarakat melalui ilmu dan perbincangan terbuka.